cara rawat masalah keputihan kronik

Apa itu KEPUTIHAN ?

Keputihan ialah lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

JENIS-JENIS KEPUTIHAN

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Jadual 1.0 menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA KEPUTIHAN ?

  1. Faktor Kebersihan

    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

  2. Faktor Hormon

    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
  3. Faktor Gaya Hidup

    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

  4. Faktor Kesihatan

    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam jadual di bawah.

BAHAYA PENYAKIT KEPUTIHAN SEKIRANYA TIDAK DIRAWAT !

Kebanyakkan wanita memandang remeh tentang keputihan abnormal, bagi mereka itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan. Kajian membuktikan bahawa keputihan kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan dan kehamilan luar rahim. Peringkat yang teruk boleh menyebabkan kanser rahim.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

CARA PENCEGAHAN KEPUTIHAN

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
  • Rawat keputihan dengan jamu yang mengandungi kacip fatimah KLIK SINI