ramai abai dan tak tahu tentang 'healing Process'

bila amalkan Pil Resdung t9 ada healing process tak ?

Sis tergerak hati menulis artikel tentang ‘Healing Process’ ini kerana sis dapati ramai yang masih tidak tahu tentang hal ini. Healing Process atau dikenali sebagai process penyembuhan berlaku selepas pengguna mengamalkan supplement kesihatan yang organik atau skincare organik. Bagi produk yang ‘chemical based’ atau ada mengandungi ‘drugs’ selalunya tidak ada proses penyembuhan ini kerana tidak merawat dari dalam.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ‘PROSES PENYEMBUHAN’ ?

Proses penyembuhan adalah satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina sel-sel badan yang rosak akibat radikal bebas. Proses pemyembuhan melibatkan 4 proses iaitu RELEASE (singkir), RELAX (rehat) , REVIVE (pulih) dan RENEW (ganti). Proses ini mula menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses tersebut, badan akan mengalami tanda yang tidak selesa. Perubatan China sangat yakin dengan proses penyembuhan untuk kekal sihat, bagi mereka perubatan yang terbaik didahului dengan krisis penyembuhan terlebih dahulu.

MENGAPA PROSES PENYEMBUHAN PERLU BERLAKU SELEPAS MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN ?

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar nutrisi menyatakan apabila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Proses tindak balas ini akan meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran dan penggantian tisu yang lama dengan tisu yang baru.

Cuba bayangkan sekiranya badan korang adalah besi paip yang berkarat, dan apabila meletakkan serbuk anti-karat, banyak karat akan terhakis keluar dari dinding paip tersebut. Perkara yang sama juga akan berlaku dalam badan kita yang banyak toksin, hal ini menyebabkan korang berasa lebih teruk kerana banyak kotoran yang keluar. Selepas toksin dan kotoran disingkirkan, badan akan menjadi lebih baik dan kembali sihat.

ADAKAH PROSES PENYEMBUHAN PETANDA BAIK ?

Ya, proses penyembuhan menunjukkan petanda bahawa rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang petanda ini akan menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk badan. Umumnya proses penyembuhan ini hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk bertindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

 SAYA INGIN AMALKAN PIL RESDUNG T9, ADAKAH SAYA AKAN MENGALAMI PROSES PENYEMBUHAN ?

Pil Resdung T9 adalah produk organik seratus peratus, tiada campuran bahan lain. Maka ada proses penyembuhan kerana ianya produk yang merawat dari dalam. Proses penyembuhan terjadi bagi pengguna yang menghadapi masalah resdung kronik sahaja, pengguna resdung tahap biasa/normal selalunya tidak mengalami proses ini. Lebih kronik tahap resdung, lebih teruk proses penyembuhan.

ADAKAH SETIAP PENGGUNA PIL RESDUNG T9 MENGALAMI PROSES PENYEMBUHAN YANG SAMA ?

Tidak. Proses penyembuhan terjadi bergantung kepada tahap resdung individu. Ada sesetengah kerap bersin, banyak keluar kahak, makin banyak hidung berair atau sebagainnya tetapi tidak lama, hanya 3-4 hari atau 1-2 minggu. Ada pula sesetegah yang makin banyak keluar jerawat tetapi jangan risau akan cepat kecut dalam masa 2-3 hari, selalunya dalam masa 2 minggu jerawat nanah akan semua hilang. Jangan takut dan risau kerana ianya adalah proses yang baik untuk kembali cantik dan sihat.

BERAPA LAMAKAN TEMPOH BAGI PROSES PENYEMBUHAN ?

Secara umumnya ia bergantung kepada tahap resdung individu, paling cepat 2-3 hari  dan paling lama 3 bulan. Selalunya dalam 2 minggu bagi jerawat nanah, 1 minggu bagi bersin dan kahak. Mengikut kajian biasanya 90 hari masa yan diambil oleh badan untuk memperbaiki sel-sel yang rosak teruk dalam badan kita.

SEKIRANYA SAYA MAKAN PIL RESDUNG T9 TETAPI TIADA SEBARANG PERUBAHAN, MENGAPA ?

Secara klinikalnya, selepas makan 1 biji Pil Resdung T9 anda akan terus merasai perubahan ketara seperti gatal-gatal muka hilang, bersi hilang (bagi resdung biasa). Selain itu boleh rasai dengan badan makin ringan, angin selalu keluar, kerap kencing (buang toksin), najis berbau busuk (keluar toksin). Sekiranya anda penghidap resdung kronik, akan ada proses penyembuhan seperti yang dibincangkan di atas.

TETAPI sekiranya tiada sebarang perubahan jugak, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :

  • Tidak mengamalkan setiap hari (tak konsisten)
  • Kurang dos (resdung biasa ambil 1 biji, kronik 2 biji sekaligus)
  • Takut pada proses penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya.
  • Kurang air kosong / mineral ( 3 liter sehari)
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat (banyak makanan segera)
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Terlalu stress