Toner seringkali disisihkan oleh pengguna dan ada yang tak suka gunakan toner sebab sebelum ni mereka pernah ‘terkena’ dan ‘terpakai’ toner yang pedih. Eeeehhh apahal pedih ye? Sebab toner yang digunakan mengandungi alkohol yang tinggi, kononnya untuk mengecilkan liang pori-pori dengan pantas, licin dan glowingkan kulit tanpa sebiji jerawat pon ! Uishh sangat bahaya ye sekiranya jerawat pon takut nak naik sebab itu tanda-tanda protein pada kulit dah rosak.
CIRI-CIRI TONER ALKOHOL :
Toner termasuk dalam asas penjagaan wajah untuk menutup semula pori-pori wajah yang terbuka selepas mencuci wajah. Sekiranya anda tidak memakai toner, makanya kulit akan kelihatan kasar, liang pori terbuka besar dan juga menampilkan imej yang kurang menarik sekiranya anda mekap (kelihatan berbiji-biji pada wajah).
Toner juga dapat membantu mengurangkan blackhead dan whitehead di hidung dan sekitar pipi. Jangan abaikan penggunaan toner sekiranya anda ingin miliki kulit wajah yang cantik dan bersih dari cela.
**boleh simpan di peti sejuk, pori-pori wajah lebih cepat mengecil dan kulit lebih segar
**boleh guna sekerap yang mungkin
**boleh digunakan pada kanak-kanak juga
**boleh digunakan sekiranya kulit rasa berminyak dan kotor